Mangsa berjaya curi kereta sindiket sebelum menuju sempadan

Mangsa berjaya curi kereta sindiket sebelum menuju sempadan

AZIRUL SYAFIQ Sazali ketika menyambut kepulangan 10 mangsa dari Myanmar di Terminal 1 KLIA Sepang, Selangor. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kawalan keselamatan amat ketat di kawasan sindiket jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar menyebabkan mangsa terpaksa mencuri kereta bagi meloloskan diri.

Ia didedahkan oleh aktivis Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Azirul Syafiq Sazali sebagai mengulas cara mangsa cuba melarikan diri dari sana dan usaha pembebasan mangsa kali ini juga amat sukar.

“Saya difahamkan bahawa kawasan markas operasi kumpulan penjenayah ini memang dikawal individu bersenjata malahan tembok dinding pun empat kali tinggi saya,” katanya ketika ditemui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini bersama Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim selepas meraikan kepulangan sekumpulan 10 mangsa dari Myanmar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, Azirul Syafiq berkata, mangsa susah melepaskan diri kerana temboknya dipasang kawat elektrik berduri selain kawasan itu bukan kawalan oleh junta Myanmar.

“Mujur ada sebuah kereta mungkin milik penyelia sindiket itu yang ditinggalkan kunci dan beberapa mangsa ini berjaya melepasi kawasan dengan kenderaan tersebut,” jelasnya.

Kebetulan pengawal pintu markas ujarnya, tidak memeriksa kereta itu kerana menyangka ia dinaiki oleh pemimpin mereka dan mangsa segera memandunya ke sempadan Thailand.

Tiba di perbatasan itu, mereka perlu berenang di sungai sebelum disambut askar Thailand yang sudah pun beliau hubungi awal selepas menerima maklumat lokasi mangsa.

Ditanya kenapa pihak keselamatan Thailand amat mudah bekerjasama membantu mereka, Azirul Syafiq berkata, kesemua pasport mangsa tiada rekod dicap memasuki Myanmar.

Sebaliknya, dokumen perjalanan rasmi mereka itu hanya ada cap imigresen Thailand kerana pihak junta Myanmar tidak pun mengawal pintu sempadan dengan negara jiran berkenaan.

Justeru tambah beliau, pihak berkuasa Thailand tidak menganggap kes mereka itu sebagai pendatang asing tanpa izin dengan hanya dihukum denda kerana tinggal melebihi tempoh.

Dianggarkan terdapat lebih 200 lagi warga Malaysia di beberapa premis sindiket jenayah berkenaan di Myanmar dan usaha pembebasan sedang giat dilakukan oleh pihak MHO.

Pada masa saya, beliau difahamkan, kerajaan China juga telah menggerakkan misi bagi menghapuskan kumpulan pemerdagangan di Myanmar yang dijangka berakhir tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini