Mahkamah tetapkan 8, 9 Ogos permulaan bicara Johnathan Wong

Mahkamah tetapkan 8, 9 Ogos permulaan bicara babit Johnathan Wong

JOHNATHAN Wong Futt hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan didakwa menipu wang bernilai RM3.3 juta berkait lesen pelaburan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 8 dan 9 ogos 2024 sebagai tarikh permulaan untuk perbicaraan membabitkan Johnathan Wong Futt Po, 40 yang didakwa menipu sejumlah wang bernilai RM3.3 juta berkait lesen pelaburan.

Hakim, Datin Sabariah Osman menetapkan tarikh berkenaan di mana seramai enam orang saksi akan memberikan kenyataan bagi kes berkenaan, sementara Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohamed Nawi turut memaklumkan, beliau telah menyerahkan 19 dokumen di bawah Seksyen 21.

Peguam tertuduh, Datuk Rajpal Singh juga bersetuju dengan tarikh berkenaan dan turut mengesahkan telah menerima dokumen-dokumen yang diserahkan kepadanya.

Johnathan Wong Futt Po, 40, didakwa menipu lelaki berusia 45 tahun itu dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia akan melaksanakan urusan mendapatkan lesen pelaburan walhal tertuduh tidak mempunyai kapasiti menguruskannya.

Ia mendorong mangsa membuat pindahan wang berjumlah AS$789,014 bersamaan RM3,316,431.40 yang dimasukkan ke dalam kripto e-wallet milik tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Strata Office Tower, KL Eco City, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN