Louis Tan, Gereth Lim rangkul dua gelaran - Utusan Malaysia

Louis Tan, Gereth Lim rangkul dua gelaran

PARA pemain bersama pegawai kejohanan selepas pertandingan Tennis Malaysia Junior Tour (TMJT) Sports Excel Pusingan 1 di Arena Tenis Ipoh baru-baru ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Louis Tan dan Gereth Lim muncul juara dalam dua acara yang disertainya pada pertandingan Tennis Malaysia Junior Tour (TMJT) Sports Excel Pusingan 1 di Arena Tenis Ipoh baru-baru ini.

Kedua-dua pemain kategori lelaki B-16 dan B-14 itu meraih gelaran Perseorangan dan Beregu kategori masing-masing.

Louis, dari Pulau Pinang mengatasi V. Sanjay dari Melaka 6-3, 6-4 untuk memenangi acara Perseorangan.

Dia kemudian bergandingan dengan Nicholas Kong (KL) untuk mengatasi Dyad Mikael(Kelantan) -Adam Mukhriz (Johor) 4-2, 4-5 (3), 10/4 untuk gelaran keduanya.

Sementara Gereth dari Melaka terpaksa bersaing sengit sebelum mengatasi rakan beregunya, Shaun Tung 6-4, 2-6, 6-0 dalan acara Perseorangan.

Sebelum itu, pasangan itu mendapat kemenangan percuma daripada Jacob Wong-Aqil Mirza (Johor) dalan acara Beregu.

Mak Zooey pula muncul juara acara Perseorangan Perempuan B-16.

Zooey dari Selangor bagaimanapun diberi tentangan sengit oleh Lynn Lim dari Kuala Lumpur dalam pertarungan tiga set sebelum menang 6-1, 4-6, 6-2.

Terdahulu, impian pemain itu untuk merangkul gelaran berganda tidak kesampaian apabila tumpas dalam acara Beregu.

Bergandingan bersama S. Dhivieena, pasangan itu dikecewakan pasangan Pulau Pinang, Adani Raihan-Sue Yi Tan 5-4 (3), 5-4 (3). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN