JOHOR BAHRU: Proses pengundian Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) 2024 di tempat mengundi Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, di sini, berjalan dengan lancar. Seawal 7 pagi, pengundi Indonesia sudah mula berbaris menunggu masa untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Ketua Pelaksana Pemilu Luar Negara Johor Bahru, Ardiyanshah Syahrom berkata, proses undi awal untuk pemilih berdaftar di Johor Bahru membabitkan seramai 2,684 pengundi. Katanya, perjalanan bagi kaedah Tempat Undi dibahagi kepada empat…









