LBS catat keuntungan bersih tertinggi

LBS catat keuntungan bersih tertinggi

Lim Hock San
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
  • Hasil Q4FYE2023 dan FYE2023 masing-masing meningkat 58.9% dan 6.0%
  • PAT bagi Q4FYE2023 dan FYE2023 meningkat 31.2% dan 15.6%
  • Jualan hartanah FYE2023 sebanyak RM1.7 bilion
  • Jualan belum dibil sebanyak RM2.0 bilion setakat 31 Disember 2023

PETALING JAYA: Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS) hari ini mengumumkan keputusan kewangan belum diaudit untuk suku keempat (“Q4FYE2023”) bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 (”FYE2023”).

Bagi suku dalam tinjauan, LBS memperoleh hasil sebanyak RM596.7 juta, merekodkan peningkatan keuntungan sebanyak 58.9% berbanding suku yang sama tahun lepas, yang merekodkan RM375.6 juta. Peningkatan ketara hasil ini sebahagian besarnya adalah berikutan peningkatan sebanyak 60.2% di segmen pembangunan hartanah, yang menyumbang RM571.2 juta kepada jumlah keseluruhan hasil. Keuntungan selepas cukai (“PAT”) Kumpulan juga mencatat peningkatan tinggi, mencecah RM41.1 juta sekali gus membawa kepada peningkatan 31.2%. 

Bagi tahun kewangan berakhir 2023, LBS mencatatkan PAT sebanyak RM159.0 juta, menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 15.6%. Pertumbuhan ini disokong oleh peningkatan hasil sebanyak 6.0%, mencecah RM1.83 bilion. Lonjakan ini dipengaruhi daripada peningkatan aktiviti pembinaan projek pembangunan yang sedang rancak berjalan. 

Segmen pembangunan hartanah, mengukuhkan kedudukannya sebagai penyumbang utama hasil Kumpulan, iaitu sebanyak 95.9% daripada jumlah keseluruhan pendapatan. Projek pembangunan utama, seperti KITA @ Cybersouth, Bukit Jalil, LBS Alam Perdana, projek Idaman dan Prestige Residence, memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada peningkatan hasil ini. 

Mengulas mengenai pencapaian kewangan ini, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata: “Kami teruja untuk mengumumkan bahawa LBS telah memperolehi keputusan kewangan yang amat cemerlang bagi tahun 2023, dengan hasil sebanyak RM1.83 bilion, menandakan pencapaian tertinggi Kumpulan setakat ini. Keputusan kewangan positif ini menunjukkan asas kukuh yang telah dibina oleh LBS untuk fasa seterusnya.

Katanya, LBS teruja dan akan terus mengambil pendekatan optimis dan berhati-hati untuk berhadapan dengan momentum pertumbuhan pada tahun mendatang.

“Jualan belum dibil sebanyak RM2.0 bilion akan menyediakan Kumpulan dengan prospek kewangan yang stabil bagi 2 hingga 3 tahun akan datang. Kini, LBS terlibat dengan 19 projek yang sedang berjalan,” ujarnya.

Menurutnya, LBS berhasrat untuk mencapai sasaran jualan hartanah sebanyak RM1.8 bilion pada tahun ini daripada pelbagai projek pembangunan dengan GDV sebanyak RM3.51 bilion, dibina di lokasi-lokasi strategik seperti Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak.

Beliau menambah: “Di LBS, kami tekad untuk memastikan pemuliharaan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan amalan tadbir urus (ESG) yang baik. Rangka Kerja Pembiayaan Kelestarian LBS, yang diberikan Penilaian Bon Impak “Emas” oleh MARC Ratings Berhad merupakan bukti komitmen ESG kami. Menerusi program Misi Hijau yang menyasarkan biodiversiti, tenaga, air dan pengurusan sisa dengan jalinan kerjasama Malaysia Green Technology and Climate Change untuk projek hijau, kami bermatlamat untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).”

Setakat 31 Disember 2023, simpanan bank tanah Kumpulan meliputi kawasan seluas 2,767 ekar memastikan LBS kekal bersaing bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN