Langkah pertama Ernie Zakri ‘tawan’ Indonesia - Utusan Malaysia

Langkah pertama Ernie Zakri ‘tawan’ Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya berharap dapat datang lagi ke Indonesia untuk terus mempromosikan lagu yang cukup indah, Masing Masing.”

Demikian ucapan penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri yang meluahkan rasa gembira dan teruja apabila diterima peminat muzik Indonesia selepas dia menghadiri rangka promosi bagi lagu, Masing Masing.

Ernie yang memulakan rangka promosi di Jakarta pada 15 Januari lalu berpuas hati apabila berjaya muncul dalam pelbagai program hiburan, wawancara khas dan pelbagai agenda seni dalam masa singkat.

“Saya sangat gembira dengan rangka promosi di Jakarta. Malah saya tidak sangka penerimaan pihak media di sana begitu baik terhadap saya. Mereka memberikan kerjasama yang baik.

“Walaupun penat mengejar masa, saya gembira dengan apa yang telah dirancang oleh pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan MyMusic Records,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ernie juga mengharapkan agar lagu yang terkandung dalam album baharunya, Aura itu akan terus menambat hati peminat tidak kira Malaysia, Indonesia atau merentasi negara-negara luar lain.

“Semestinya saya hendak yang terbaik untuk lagu ini. Saya berharap lagu ini akan diterima oleh pendengar muzik Indonesia kerana harapan saya pada lagu dan album ini sangat besar.

“Namun, cita-cita harus terletak pada rezeki dan usaha saya. Semoga saya akan menerima khabar yang baik-baik sahaja dari Indonesia,” kongsinya.
Untuk info, Masing Masing merupakan hasil ciptaan komposer hebat Indonesia, Ade Govinda dan Nabila V.

Ernie ketika di Jakarta sempat menghadiri promosi antaranya ke Kinari Warta Kota Podcast dan iRadio Jakarta, Sea Today Morning Show, Pro 2 Jakarta dan banyak lagi agendi media serta program hiburan.

Sesi promosi ini ditutup dengan penampilan Ernie dan Ade Govinda dengan lagu ‘Masing Masing’ di ikonik Anjungan Sarinah Jakarta sekali gus meninggalkan kesan yang abadi kepada para penggemar dan media.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN