KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi fenomena El Nino yang diramal melanda negara sehingga Jun ini. SOP tersebut mengambil kira faktor cuaca panas ketika ini termasuk keadaan jerebu. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu antaranya melibatkan kesiapsiagaan semua fasiliti kesihatan dan pemantauan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara. “KKM mahu memastikan fasiliti kesihatan sentiasa bersedia dengan bekalan ubat-ubatan terutama…