Kerap terima gambar lucah, Elly Ariffin beri amaran - Utusan Malaysia

Kerap terima gambar lucah, Elly Ariffin beri amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Bukan status janda yang buat mereka berani hantar gambar lucah, dari dulu saya sudah terima hantaran begini. Jangan sampai saya ambil tindakan.”

Demikian amaran pelakon dan pengacara, Elly Ariffin yang mendedahkan kerap menerima kiriman gambar lucah dan alat sulit lelaki miang menerusi media sosialnya.

Jelas wanita berusia 34 tahun itu, status janda yang dipegang sejak 2020 itu bukan alasan untuk segelintir lelaki miang melihatnya sebagai simbol skes apatah lagi cuba mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk.

“Walaupun gambar yang saya kongsi biasa-biasa sahaja, tetap ada segelintir lelaki miang ini akan komen dengan ayat-ayat lucah yang menjijikkan. Sampai ada yang berani hantar gambar alat sulit lagi.

“Pernah juga ada kalangan mereka meluahkan imaginasi melakukan hubungan tidak senonoh dengan saya. Sangat menjijikkan. Tolong hentikan perbuatan terkutuk itu atau saya lapor polis,” tegasnya.

Tambah pelakon Sempurnakah Cinta Kita itu lagi, ada individu miang yang menganggap dia kesunyian dan memerlukan belaian lelaki hanya kerana pernah gagal dalam perkahwinannya sebelum ini.

“Memang saya pernah kahwin dan bercerai, tetapi tidak bermakna saya senang untuk didekati apatah lagi diajak melakukan perkara terkutuk.

“Sudah-sudahlah ganggu saya dengan perkara lucah. Saya ketika ini nak tumpukan perhatian kepada diri sendiri, kerjaya seni dan keluarga,” katanya.

Bercakap soal kerjaya seni, Elly Elly baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Malang Si Puteri terbitan Radius One yang bakal ditayangkan pada Ramadan nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN