MACHANG : Kerajaan bercadang membina kompleks perpaduan di setiap negeri dalam melancarkan pengoperasian, pengurusan dan pertadbiran jabatan serta jentera-jentera di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Machang menjadi kawasan tunggal yang mempunyai kompleks tersebut di negara ini dengan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM9.8 juta dan beroperasi sejak tahun 2020. “Kompleks Perpaduan kedua pula akan kita bina di Perlis dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2027,” katanya…










