PETALING JAYA : Seorang kelindan lori ditahan polis selepas mencederakan abangnya menggunakan parang selepas bertengkar mengenai masalah kewangan dalam kejadian di Bandar Baru Ampang, dekat sini semalam. Penahanan suspek dilakukan pada pukul 9.50 malam di kawasan Bandar Baru Ampang dekat sini selepas orang awam mendengari pergaduhan dua beradik tersebut. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 25 tahun pada mulanya bertengkar…










