Kelantan angkat Cinta Palestin jadi tema Madinah Ramadan

Kelantan angkat Cinta Palestin jadi tema Madinah Ramadan

HILMI Abdullah (kiri) semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Madinah Ramadan di Kota Bharu Kelantan semalam.IHSAN MPKB-BRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengangkat Cinta Palestin sebagai tema dan konsep program Madinah Ramadan pada tahun ini bagi membangkitkan lagi semangat sayangkan bumi Gaza serta Palestin dalam
kalangan umat Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatakuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata, bagi membangkitkan suasana hiasan dalaman khemah yang akan menonjolkan persekitaran Masjidil Aqsa termasuk binaan kubah Al-Aqsa.

“Setiap tahun penganjuran Madinah Ramadan akan menonjolkan konsep berbeza seperti kehijauan, padang pasir dan Masjid Nabawi. Pada tahun ini kita pilih konsep Palestin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pastinya empat warna bendera negara tersebut akan mewarnai Madinah Ramadan pada tahun ini di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Madinah Ramadan Tahun 2024 di ibu pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil itu memberitahu, pihaknya turut membawa imam jemputan dari Palestin yang kini sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyemarakan lagi suasana di Madinah Ramadan.

Katanya, imam jemputan itu akan bergandingan dengan imam utama iaitu Syeikh Hisyam Abdul Bari.

“Selain itu, kita urut membawa imam-imam tempatan serta dua lagi imam jemputan yang merupakan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) masing-masing dari Yaman dan Mesir.

“Kedua-dua imam jemputan itu tinggal di negeri ini. Untuk makluman semua, hampir 30 program dirangka sepanjang sebulan Ramadan termasuk tahsin 30 juzuk al-Quran yang dibuka secara maya untuk disertai umat Islam di seluruh dunia bersama kupasan ayat dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.

“Selain itu kita bawa masuk program Quran Hour Peringkat Negeri Kelantan anjuran Rumah Ngaji sebagai salah satu aktiviti di Madinah Ramadan. Kita cuba tambah baik program-program dianjurkan termasuk memperbaharui namanya demi menambah ‘wow factor’,” ujarnya.

Hilmi berkata, pihaknya turut memberi peluang kepada agensi-agensi kerajaan untuk menyampaikan maklumat serta pesanan ringkas dalam masa 15 minit semasa slot antara dua salam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini