PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan melakukan siasatan sekiranya wujud kegiatan kartel industri padi dan beras di negara ini. Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihkanya melalui Suruhanjaya Persaingan (MyCC) sentiasa terbuka menerima sebarang maklumat dari semua pihak untuk melakukan penyiasatan berhubung perkara berkenaan. “Sejak berkuat kuasa Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 bidang kuasa kawal selia berkaitan industri padi negara ini terletak…










