Kalau sudah ditakdirkan rezeki saya- Shukri Yahaya - Utusan Malaysia

Kalau sudah ditakdirkan rezeki saya- Shukri Yahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shukri Yahaya, 35, berlapang dada sekiranya terus ditawarkan untuk melakonkan watak yang sama, iaitu seorang suami bersikap baran dalam setiap drama lakonannya.

Kata Shukri, selagi penonton menyambut baik kemampuannya membawa watak seperti itu, selagi itu dia akan terus melakonkan karakter berkenaan di masa akan datang.

“Mungkin tidak ada pelakon lain yang lebih sesuai membawa watak sebegitu selain saya.

“Jadi saya terima kalau sudah ditakdirkan sebagai rezeki saya,” katanya ketika sesi tayangan episod akhir Layang-Layang Perkahwinan, baru-baru ini.

Sesi tersebut turut dihadiri pelakon drama berkenaan antaranya, Ezzanie Jasny, Keith Foo, Alya Iman, Arash Mohd., Nina Juren, Aishah Ilias, Kenji Sawahi, Haidar Hasanudin dan ramai lagi.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Yahaya bagaimanapun menolak pandangan segelintir pihak yang  mengaitkan watak Azim dilakonkannya dalam drama tersebut, stereotaip.

Ujar Shukri, watak berkenaan mempunyai perbezaan berbanding karakter-karakter yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Beza (Azim) adalah pada sudut pandangan, lontaran dialog, emosi dan penampilan. Tapi kalau marah, ia akan jadi Shukri Yahaya.

“Perasaan marah yang penonton lihat pada watak ini adalah perasaan saya yang sebenar,” kongsinya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya