PETALING JAYA: Sepuluh anggota polis trafik ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya ditukar serta merta ekoran penemuan sejumlah wang tunai RM3,753 di dalam sebuah beg dan kereta dinaiki mereka ketika menjalankan tugas Op Alkohol malam tadi. Semua mereka terlibat iaitu seorang pegawai berpangkat Inspektor dan sembilan anggota terdiri Sarjan, Lans Koperal serta Konstabel. Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, satu kertas…