PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini dalam fasa kajian bagi memperkenalkan tempoh sah laku Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA) sehingga 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian itu sedang dilaksanakan termasuk menyiapkan kertas dasar untuk dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kelulusan. Beliau berkata, kajian itu penting memandangkan beberapa negara ASEAN sudah mengamalkannya termasuk Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. “Ia turut diamalkan…










