GURUN: Identiti ketiga-tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga trak askar dengan sebuah lori di Kilometer 77.5, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara pagi ini dikenal pasti. Ketiga-tiga mereka yang meninggal dunia dalam nahas itu ialah Sarjan Razali Abdul Rani, 39; Koperal Mohd. Asri Idris, 40, dan Lans Koperal Mohd. Hafiz Haris, 30, yang bertugas di Kem 3, Rejimen Sempadan Pengkalan Hulu, Perak. Masing-masing yang memandu tiga buah trak…









