KOTA BHARU: Perbuatan menghidu gam dan minum air ketum dikesan menjadi punca awal kepada segelintir remaja di Kelantan sebelum mereka terdorong menjadi ‘hamba’ dadah. Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perbuatan menghidu gam boleh merosakkan fikiran anak-anak meskipun ia tidak menyalahi undang-undang di negara ini. Menurutnya, setakat ini, kes-kes jenayah dan dadah melibatkan golongan remaja di negeri ini masih terkawal. “Ada segelintir remaja terlibat dengan kegiatan menghidu gam…










