KENINGAU: Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM6,000 terhadap seorang guru yang mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu. Guru yang bertugas di sebuah sekolah di Tenom itu disyaki menggunakan kad pengenalan palsu sejak 29 tahun lalu. Tertuduh, Ridal Abdul Kadir, 53, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani yang memerintahkannya dihukum penjara bermula daripada tarikh ditangkap iaitu pada 29 Januari lalu berserta denda…