MELAKA: Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) meminta kerajaan mengkaji semula keputusan, susulan pengumuman penjawat awam baharu berstatus tetap tetapi tidak lagi berpencen. Presiden GAKUM, Zulkifli Mohammed berkata, kerajaan tidak sepatutnya memansuhkan skim pencen penjawat awam yang secara puratanya berkhidmat untuk negara antara 30 hingga 40 tahun. Menurutnya, skim berkenaan satu-satunya yang memberi kebaikan kepada penjawat awam bagi menjamin keselesaan hidup apabila bersara kelak. Beliau…