Gagal tersenarai sebagai calon Oscar, pelakon Barbie tak berkecil hati - Utusan Malaysia

Gagal tersenarai sebagai calon Oscar, pelakon Barbie tak berkecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang filem Barbie, Margot Robbie tidak kecewa apatah lagi berkecil hati apabila tidak tersenarai sebagai calon kategori Pelakon Wanita Terbaik anugerah Oscar tahun ini.

Robbie, yang sebelum ini diramalkan antara calon kategori tersebut, sebaliknya memaklumkan berouas hati dan gembira dengan pencapaian yang diraih filem berkenaan setakat ini.

“Mustahil untuk berasa sedih apabila anda sedar anda sebenarnya cukup beruntung,” katanya pada sesi tayangan istimewa Screen Actors Guild (SAG) baru-baru ini.

Antara yang tersenarai dalam kategori itu tahun ini adalah Annette Bening untuk filem Nyad, Lily Gladstone (Killers of the Flower Moon), Sandra Huller (Anatomy of a Fall), Carey Mulligan (Maestro) dan Emma Stone (Poor Things).

Sementara itu filem Barbie memberi persaingan sengit apabila tersenarai dalam lapan pencalonan termasuk filem terbaik, pelakon lelaki pembantu dan pelakon perempuan pembantu terbaik.

Robbie bagaimanapun tidak bersetuju apabila pengarah filem tersebut, Greta Gerwig tidak disenaraikan dalam kategori pengarah terbaik.

“Sejujurnya saya berpendapat dia layak tersenarai dalam kategori tersebut kerana hasil kejayanya yang menakjubkan.

“Tapi saya tidak menafikan tahun lepas adalah tahun yang dahsyat untuk filem ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN