Fattah Amin lega diterima baik di Indonesia - Utusan Malaysia

Fattah Amin lega diterima baik di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fattah Amin, 33, meluahkan rasa syukur apabila kemunculan pertamanya di persada perfileman Indonesia menerusi filem Trinil: Kembalikan Tubuhku disambut baik penggemar filem di negara itu.

Kata Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, dia seronok dengan penerimaan peminat di sana yang bukan sahaja mengalu-alukan malah memberi reaksi positif terhadap lakonannya dalam filem berkenaan.

“Ada peminat belasan tahun yang sanggup datang dari Bandung ke Jakarta semata-mata mahu bertemu saya sewaktu tayangan filem itu di sana. Lebih menyentuh perasaan apabila peminat itu menangis kerana berpeluang berjumpa saya.

“Saya tak sangka watak Yusuf yang saya lakonkan benar-benar memberi kesan kepada penonton di Indonesia. Saya juga berterima kasih kepada pempengaruh di Indonesia yang sebelum ini memberi reaksi positif terhadap watak saya dalam filem ini di saluran Youtube mereka.

“Begitu juga mereka yang memberi komen positif menerusi mesej di Instagram. Saya seronok dan bersyukur kerana lakonan saya diterima baik di Indonesia,” katanya selepas tayangan media filem Trinil petang tadi.

Fattah dalam filem tersebut melakonkan watak seorang pawang bernama Yusuf. Filem seram arahan Hanung Bramantyo itu turut dibintangi Carmela Van Der Kruk, Rangga Nattra, Wulan Guritno, Shalom Razade, Alexzander Wlan, Willem Bevers, Elly D. Luthan dan ramai lagi.

Trinil: Kembalikan Tubuhku akan mula ditayangkan seluruh pawagam seluruh Malaysia bermula 22 Februari 2024 (esok).

Dalam pada itu, Fattah memaklumkan teliti dan membuat semakan terlebih dahulu maksud mentera yang dituturnya dalam filem berkenaan bagi mengelakkan sebarang pengucapan yang bercanggah dengan agama Islam.

“Saya kaji karakter ini, termasuklah setiap dialog yang saya tuturkan ketika melakonkannya. Saya juga banyak bertanya tentang mentera yang watak saya ucapkan dalam filem ini. 

“Tiada unsur pemujaan atau pun perkara yang bercanggah dengan Islam dalam dialog berkenaan. 

“Bukan mudah untuk bertutur dalam bahasa Jawa, saya mengambil masa yang lama untuk menguasai dan menghafal dialog saya,” jelasnya.

Selain itu, Fattah juga gembira kerana diberi peluang berlakon dalam filem Indonesia dan bekerja dibawah arahan pengarah tersohor seperti Hanung. 

“Saya sedar sebelum ini saya tak banyak berlakon filem atau menjadi hero dalam filem. 

“Sebab itu saya amat bersyukur apabila diberi peluang dan menganggap ini satu rezeki yang tak disangka-sangka,” jelasnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya