Faktor kewangan punca pasangan muda enggan ramai anak

Faktor kewangan punca pasangan muda enggan ramai anak

MUHAMMAD Zharif Zainal dan pasangannya, Nor Zahra Afrina Iskandar Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tiga orang anak sudah memadai dalam keluarga kecil ini.” Itu pandangan pasangan muda yang memilih untuk berkahwin awal kerana mahu meneruskan tradisi keluarga.

Menurut Nur Zahira Natasya Mohd Jailani, 25, dia sudah membuat perancangan awal dalam membina keluarga susulan ekonomi yang semakin meningkat.

“Saya memilih untuk berada dalam keluarga yang kecil dan menyasarkan untuk memiliki dua anak sahaja,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, dia berkahwin muda kerana mewarisi tradisi keluarga yang mahu menjadi lebih matang dalam menguruskan sesuatu.

Seorang tukang gunting rambut, Muhammad Zharif Zainal, 24, pula berkata, dia perlu mengukuhkan struktur ekonomi terlebih dahulu sebelum membesarkan keluarganya.

“Setakat ini saya dan isteri hanya merancang untuk mendapat tiga anak sahaja.

“Dengan ekonomi yang semakin mencabar, saya perlu memikirkan dengan jangka masa panjang anak-anak,” katanya.

Sementara itu, menurut Muhd Fakhrul Morsid Shah Mohammed, 24, pula berkata, perkahwinan di usia muda adalah kehendak keluarga dan dia sudah bersedia dalam segala komitmen.

Muhd Fakhrul Morsid Shah Mohammed dan isteri, Amylia Natasha Azlin.

“Saya membuat keputusan untuk memilih berpasangan di usia 23 tahun dan ia direstui keluarga.

“Buat masa ini saya tidak menyasarkan anak yang ramai dan cukup hanya tiga orang,” katanya

Dalam pada itu, Ain Shafiqa Ridzuan, 27, berkata, dia tidak menyasarkan untuk mendapat anak yang ramai ketika ini.

“Setakat ini, saya hanya menyasarkan tiga orang. Jika ada kemampuan dan faktor kewangan yang stabil, saya akan fikirkan lebih ramai lagi.

“Saya juga perlu bersedia dari segi fizikal dan mental serta kewangan yang kukuh dalam membina struktur keluarga yang baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN