IPOH: Sebanyak RM5 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi membaik pulih dan membina baharu institusi pendidikan Islam di negeri ini. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukkan itu merangkumi pembangunan di Tadika Islam Perak, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah tahfiz. “Selain itu, kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan perkapita kepada 89,226 murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dengan kadar RM50 setahun dan bantuan berkapita Majlis Agama Islam dan…










