KUALA LUMPUR: Dua saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah membabitkan bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Mohamad Sabu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam bagi tuduhan memberi keterangan palsu pada perbicaraan itu. Dalam prosiding itu, bekas Pengarah Syarikat Aqsa Solutions Sdn. Bhd., Ahmad Hisham Mohd. Tajuddin, 54, didakwa empat pertuduhan iaitu memberikan keterangan yang bercanggah di mahkamah dengan pernyataan yang diberikan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 2…