SEREMBAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan dalam proses menunggu keputusan daripada ibu pejabat jabatan itu bagi mendapatkan perintah penutupan sementara ke atas taska yang terbabit dengan isu penderaan bayi di Nilai di sini baru-baru ini. Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, laporan dan siasatan berkaitan terhadap taska di Desa Cempaka, Nilai itu sudah pun selesai. “Kami sedang menunggu keputusan kelulusan perintah penutupan sementara daripada ibu pejabat kerana JKM…










