KOTA BHARU: Jutawan kosmetik dan pemilik kedai emas, Datuk Seri Hasmiza Othman sedia membida nombor plat GOLD 916 yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-50. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hasmiza atau DSV berkata, GOLD 916 bukan sahaja menarik untuk diletakkan pada kenderaan malah ia adalah nama emas yang dipakai golongan wanita dan dijual di negara ini. “Sebagai peniaga dan peminat emas, rugilah sekiranya tidak memiliki nombor plat…










