IPOH: Siasatan berhubung dakwaan tiada kotak hitam pada pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar semalam, akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini hanya menjalankan siasatan menjurus perkara lain yang berkaitan kemalangan. “Isu (kotak hitam) ini, CAAM yang akan uruskan sama ada pesawat berkenaan dilengkapi kotak hitam atau tidak, itu di bawah siasatan mereka. “Bagi pihak polis, kita jalankan siasatan berkaitan kemalangan dan CAAM pula menjalankan siasatan (di bawah bidang kuasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya