PASIR MAS: Cuaca tidak menentu yang melanda Kelantan ketika ini menyaksikan penoreh getah hilang punca pendapatan sekali gus menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut sejak tiga bulan lalu. Rata-rata penoreh mengakui musim tengkujuh merupakan detik sukar apabila ada dalam kalangan mereka terpaksa membuat kerja sambilan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohamad Shamsuddin Mamat , 60, berkata, sepanjang tempoh sukar itu, dia terpaksa berjimat cermat untuk memastikan anak-anak tidak…









