GEORGE TOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa supaya mengawal selia penggunaan Bahan Kimia Pengganggu Endokrin (EDC) dalam produk memandangkan bahan berkenaan boleh mendatangkan implikasi kesihatan terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak. Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim berkata, gesaan itu dibuat susulan ujian terbaharu yang dijalankan terhadap 32 sampel kosmetik dan produk penjagaan diri bagi kanak-kanak mendapati, beberapa sampel tersebut dikesan mengandungi EDC. Katanya, ujian atau kajian…