Bumiputera masih lagi ‘ketinggalan’

Bumiputera masih lagi ‘ketinggalan’

NOR AZMI DIRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Golongan bumiputera menunjukkan masih lagi berada di tahap belakang berbanding kaum-kaum lain walaupun pelbagai usaha dilakukan sejak enam dekad lalu bagi melonjakkan kumpulan tersebut.

Ia berdasarkan pemilikan kesaksamaan, penyertaan dalam tenaga mahir, pemilikan kediaman bagi setiap isi rumah dan nisbah pendapatan antara kaum.

Ketua Setiausaha Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron berkata, berdasarkan petunjuk-petunjuk tersebut mendapati bumiputera masih lagi ketinggalan.

“Lebih separuh daripada isi rumah bumiputera berada dalam kumpulan pendapatan rendah antara RM6,000 berbanding dengan Cina dan India, ini kedudukannya. Hanya sekelompok yang berpendapatan melebihi skala yang ada.

“Jika melihat insiden kemiskinan mutlak daripada tahun 1970 hingga 2022, berlaku penurunan tetapi bumiputera masih tertinggi di dalam negara kita,” katanya semasa melakukan pembentangan mengenai Kedudukan Semasa Sosioekonomi Bumiputera: Satu Penelitian di Kongress Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024).

Untuk rekod, KEB 2024 yang diadakan selama tiga hari sehingga Sabtu ini di Pusat Konvensyen Putrajaya Antarabangsa (PICC) itu merupakan agenda penting kerajaan bagi merombak dan melonjak pembangunan sosioekonomi bumiputera secara menyeluruh.

Mengulas lanjut, Nor Azmie berkata, jumlah profesional daripada kalangan bumiputera juga masih lagi jauh ketinggalan daripada kaum-kaum lain yang berada di dalam negara.

“Antara yang kita teliti adalah doktor, doktor gigi, jururawat, akauntan dan peguam masih lagi jauh. Memang ada pencapaian daripada segi peningkatan, namun di manakah mereka?

“Adakah mereka berada dalam rantaian ekonomi yang bernilai tinggi atau mereka berada dalam rantaian yang mempunyai margin rendah?” katanya.

Tambahnya, pemilikan hartanah bumiputera juga lebih menumpu kepada jenis kediaman berbanding kaum lain yang lebih banyak kepada jenis industri.

“Malah, kalau kita lihat pembangunan berkaitan perkara tanah rizab Melayu, kita masih belum manfaatkan secara optimum,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya