PEMAKANAN berkhasiat dan seimbang boleh mempengaruhi kesihatan seksual kaum adam.
Berikut tips doktor kesihatan lelaki, Dr. Ahmad Samhan Awang berhubung faktor yang membantu meningkatkan kesihatan seksualiti lelaki:
*Zink yang terdapat dalam makanan seperti daging, kacang dan bijirin, penting untuk penghasilan hormon seks dan sperma.
*Asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan dan minyak ikan boleh meningkatkan aliran darah ke zakar sekali gus meningkatkan fungsi endotelium, lapisan dalaman saluran darah.
*Makanan tinggi antioksidan seperti buah beri serta delima boleh membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidatif dan meningkatkan aliran darah ke organ seksual.
*Selain pemakanan, lelaki perlu menjalani gaya hidup sihat, termasuk senaman secara berkala, pengurangan stres dan cukup tidur untuk memastikan tahap seksualiti mereka.
*Jika terdapat kebimbangan atau masalah seksual, disarankan untuk berbincang dengan pakar kesihatan untuk penilaian dan panduan yang lebih terperinci.










