Boleh pos botol zamzam untuk kegunaan peribadi sahaja - Kastam

Boleh pos botol zamzam untuk kegunaan peribadi sahaja – Kastam

NORLELA Ismail (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas media pada Majlis Ramah Mesra Pengurusan Tertinggi JKDM Zon Tengah bersama Media di Hotel Sama-Sama, Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jemaah haji negara ini masih lagi dibenarkan mengepos botol air zamzam yang dibeli di tanah suci untuk dihantar secara terus ke rumah mereka di tanah air.

Penolong Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Norlela Ismail, agensi berkenaan tiada masalah berhubung isu penghantaran botol air tersebut jika sekadar untuk kegunaan peribadi dan bukan tujuan bisnes.

Norlela berkata, bakal tetamu Allah boleh membeli botol berkenaan dan dihantar menerusi kaunter Pos Malaysia yang dibuka di Tanah Suci sepanjang musim haji.

“Memang kami ketat memeriksa kontena tiba dari luar negara di KLIA namun jika pos dialamatkan ke rumah dengan kuantiti pun cuma dua botol, ia masih dibolehkan,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra JKDM Zon Tengah bersama Media di Hotel Sama-Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan mengenai isu rampasan pihak JKDM terhadap kes cubaan penyeludupan 5,000 botol air tersebut dari negara jiran untuk pasaran Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi melarang keras pengeksportan air berkenaan namun semua jemaah akan dihadiahkan sebotol air itu seberat lima liter sejurus mereka selamat tiba di KLIA.

Utusan Malaysia difahamkan bahawa pihak Pos Malaysia hanya mengenakan kadar bayaran RM110 untuk penghantaran pek sebotol air zamzam seberat lima liter dibeli di Mekah.

Walau bagaimanapun, semua jemaah dinasihatkan supaya tidak membawa botol tersebut yang diletakkan dalam bagasi ketika hendak pulang ke tanah air kerana ia adalah salah.

Pihak berkuasa Arab Saudi bahkan boleh bertindak membuka beg dan merampas botol itu di terminal berlepas lapangan terbang antarabangsa di Jeddah atau Madinah.

Air zamzam dilarang dijual di Malaysia kerana dikategorikan pihak Kementerian Kesihatan sebagai mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Ini termasuk perdagangan menerusi platform atas talian, malah pihak kerajaan Arab Saudi sendiri tidak pernah pun mengeluarkan sebarang lesen perniagaan air itu di luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya