KULIM: Raut wajah Muhamad Adib Irfan Halimin tenang ketika menunggu giliran untuk dikhatankan secara beramai-ramai pada usianya yang baru mencecah tujuh tahun. Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular itu langsung tidak menampakkan wajah gelisah, apatah lagi takut seperti kebiasaan kanak-kanak seusianya yang lain. Muhamad Adib Irfan berkata, dia sudah lama bersedia untuk berkhatan setelah ada rakan-rakannya melaksanakan proses itu pada cuti sekolah, Disember lalu. “Saya tidak takut untuk bersunat sebab…









