Belum mula jalani latihan ketenteraan, peminat Na In Woo sudah luah rindu - Utusan Malaysia

Belum mula jalani latihan ketenteraan, peminat Na In Woo sudah luah rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOREA SELATAN: Bintang drama fenomena, Marry My Husband, Na In Woo mengumumkan bakal berehat dari aktiviti seni selama dua tahun kerana menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.

Menerusi satu kenyataan, aktor berusia 30 tahun itu terlebih dahulu memohon penangguhan sementara kerana mahu menjalani aktiviti percutian bersama rakan pelakon dalam drama tersebut sebelum mula latihan.

Difahamkan, percutian tersebut ditanggung sepenuhnya oleh produksi Marry My Husband kepada semua barisan pelakon sebagai hadiah kejayaan drama yang ditayangkan di PrimeTV itu.

“Kami berharap agar Na In Woo akan dapat mengikuti percutian selepas mendapat keizinan daripada pihak latihan ketenteraan,” kata agensi pengurusan aktor itu.

Berita tersebut mula mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat yang rata-rata terkejut kerana In Woo masih belum menjalani latihan ketenteraan wajib biarpun usianya sudah menjangkau 30 tahun.

Malah, segelintir peminat juga sudah mula meluahkan rasa rindu dan berharap agar ‘kehilangan’ dua tahun In Woo bakal diganti dengan drama atau program baharu melibatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×