“ROSMAH, oh Rosmah! Asyik dapat baby je.” Itu butir-butir bebelan yang dapat didengar usai melangkah masuk ke premis Cat Zouk Malaya yang terletak di Putrajaya. Sudah menjadi rutin mingguan Azwan Ali, 57, memanjakan lapan ekor kucing kesayangan miliknya di premis yang menawarkan perkhidmatan boarding dan grooming si bulus. Katanya, ‘Rosmah’ merupakan kucing kesayangan daripada baka Persian yang dihadiahkan oleh seorang peminat semasa menjadi pengacara majlis di Wangsa Maju pada 2019. …