PETALING JAYA: Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mengingatkan semua pihak berhati-hati dengan agenda besar kelompok liberal yang sentiasa tidak senang dengan peruntukan di bawah enakmen jenayah syariah negeri-negeri. Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahaya berkata, sesetengah pihak tidak perlu mengalihkan perhatian masyarakat bahawa kes peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid baru-baru ini melibatkan soal teknikal semata-mata dan seolah-olah tindakan itu tidak mempunyai implikasi yang besar. Menurut beliau, sejak kes Juzaili…