KUALA TERENGGANU: Sejumlah 781 buah kenderaan yang dipandu dan ditunggang warga asing disita sepanjang Ops Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di seluruh negara sejak 1 Februari lalu. Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan berkata, kesalahan itu dianggap serius dan dibimbangi boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Menurut beliau, warga asing tiada latihan dan pendedahan membawa kenderaan bermotor di atas jalan raya di negara…