200 penduduk Kiulu hadapi masalah air kritikal

200 penduduk Kiulu hadapi masalah air kritikal

JONISTON Bangkuai meninjau sumber air daripada mata air di Kampung Kelawat, Kiulu, Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Lebih 200 penduduk di tujuh buah kampung di Kiulu berhadapan masalah air yang kritikal pada masa ini.

Kampung yang terjejas ialah Kampung Bungoliu, Tomis Baru, Kelawat, Simpangan Lama, Balabakan, Tomis Mangi Pangi dan Bongol.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai ketika meninjau keadaan air di kampung-kampung mendengar pandangan daripada penduduk kampung mengenai cadangan langkah penyelesaian masalah air yang berlaku.

Antara langkah penyelesaian yang boleh dicadangkan adalah menyediakan tangki-tangki air serta memasang pam air.

“Saya memandang serius gangguan bekalan air yang berterusan hingga mendatangkan kebimbangan kepada penduduk kampung. Tindakan segera diperlukan untuk menangani masalah air yang semakin meruncing ini.

“Maka, sebagai langkah penyelesaian sementara, kita akan menyediakan tangki-tangki air untuk membolehkan setiap kampung mempunyai stok air masing-masing.

“Bagi proses jangka masa panjang pula, kita cadangkab agar menggunakan pam air dari sumber air yang lebih berkesan,” katanya.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar itu berkata, pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) juga telah menghantar laporan mengenai masalah air itu kepada Jawatankuasa Bencana Daerah Tuaran melalui Pejabat Daerah Kecil Kiulu.

Joniston juga meminta semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat untuk memberikan laporan mengenai cadangan penyelesaian sementara bagi mengatasi masalah air di kampung masing-masing.

“Langkah-langkah ini diharapkan dapat memberikan bantuan yang diperlukan kepada penduduk kampung yang terjejas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×