CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seramai 18 mangsa dikejarkan ke tiga buah hospital di Selangor susulan kes kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di Shah Alam, Selangor petang semalam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan bergejala ringan. Beliau berkata, 10 mangsa dirawat di Hospital Shah Alam, lima mangsa Hospital Tengku Ampuan Rahmah (HTAR) dan tiga mangsa di Hospital Sungai Buloh.…










