Wanita cedera mangsa amukan bekas suami

Wanita cedera mangsa amukan bekas suami

IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) TAWAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis setelah bertindak menumbuk dan memukul bekas isterinya sehingga cedera dalam kejadian di Kampung Bombalai Laut pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 12.01 pagi itu, mangsa yang berusia 42 tahun itu mengalami kecederaan dan lebam di bahagian dagu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dan bekas suaminya terlibat dalam pertengkaran sebelum lelaki warga asing berusia 37 tahun itu bertindak menumbuk dan memukul mangsa.

Difahamkan bekas suami mangsa menumbuknya di bahagian dagu sebanyak dua kali dan memukul dagu sebelah kiri pengadu menggunakan batang penyedut hampagas.

“Berdasarkan siasatan, pertengkaran berlaku disebabkan suspek beranggapan mangsa dan anak saudaranya berpakat untuk mengenakannya.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di bahagian dagu dan calar di bahagian bawah dagu sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, suspek ditangkap pada hari yang sama pada pukul 9.35 malam di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.

Katanya, turut dirampas adalah sebatang besi penyedut hampagas yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk memukul mangsa.

Jelas beliau, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya