Wanita, adik ipar dicabul ketika berubat dengan ‘ustaz’

Wanita, adik ipar dicabul ketika berubat dengan ‘ustaz’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita bersama adik iparnya dicabul selepas menerima rawatan daripada seorang lelaki warga Indonesia menggelar dirinya ‘ustaz’ di Kampung Datuk Keramat, dekat sini.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa mendakwa berada dalam keadaan separuh sedar ketika dicabul oleh suspek.

Susulan itu, mereka kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 25 tahun bersama adik iparnya, 20, ke rumah terbabit untuk meneruskan rawatan kali ketiga.

“Mereka dibawa ke bilik berasingan oleh suspek sebelum menjadi mangsa cabul lelaki itu.

“Ini adalah kejadian kali pertama dicabul ketika menerima rawatan dengan suspek,” katanya.

Dalam pada itu kata sumber, suspek berkenaan bagaimanapun diberkas sebaik siasatan dilakukan pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya