Tutup aurat, sesuai untuk berperang - Fazura pertahankan kostum srikandi Pendekar Awang - Utusan Malaysia

Tutup aurat, sesuai untuk berperang – Fazura pertahankan kostum srikandi Pendekar Awang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dikecam ekoran kostum yang dikatakan tidak sesuai dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, pelakonnya, Nur Fazura meminta penonton agar terlebih dahulu hadir menonton filem itu di pawagam sebelum membuat andaian.

Kata Fazura, tidak adil bagi mana-mana individu mengkritik kostum srikandi yang ditampilkan memandangkan mereka tidak faham dan belum menonton filem berkenaan.

“Jangan kritik tanpa ilmu. Saya pasti apa yang dibuat penerbit untuk filem ini adalah atas kajian.

“Sebenarnya, secara logik, pakaian srikandi dalam filem ini menutup aurat dan sesuai dipakai ketika peperangan.

“Harap penonton tak cari silap. Tengok dahulu sebelum membuat kritikan,” katanya.

Filem sekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu sebelum ini dikritika hebat gara-gara kostum srikandi yang disifatkan netizen tidak relevan dengan latar masa yang digambarkan filem berkenaan.

Fazura, menerusi filem tersebut melakonkan watak Sayang disamping suaminya pelakon Fattah Amin yang membawakan watak Awang.

Filem yang dihasilkan dengan kos RM15 juta ini bakal menjengah pawagam bermula 11 Januari ini.

Dalam pada itu, Fazura juga memohon masyarakat Malaysia agar memberikan sokongan kepada filem tempatan yang berkualiti seperti Pendekar Awang.

“Ramai yang mudah mengkritik filem Melayu, ada berpandangan filem Melayu tak berkualiti. Jadi mereka tak mahu tengok.

“Saya harap penonton beri sokongan apabila penerbit buat filem yang berkualiti. Mesej (Pendekar Awang) juga bagus, berasaskan agama dan memberi suntikan semangat juang kepada kita.

“Saya juga berharap, diri saya sebagai penonton tidak mengkritik (filem) dan terima dengan fikiran terbuka. Kalau pun mahu mengkritik, kaji dahulu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya