Tiga buah lori angkut 1.4 tan sampah dilonggok di laman rumah

Tiga buah lori angkut 1.4 tan sampah dari laman rumah

sampah
LONGGOKAN barang-barang lusuh di sebuah premis dipercayai rumah teres di daerah Timur Laut, George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bertindak merampas sebanyak 1.4 tan barang-barang lusuh dari sebuah premis dipercayai rumah teres di daerah Timur Laut di sini, dalam operasi bersepadu semalam.

Menurut MBPP, premis berkenaan didapati menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar dengan longgokan sisa barang lusuh.

Katanya, berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 82, MBPP telah mengeluarkan Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada pemilik premis pada 29 Disember lalu.

”Pemilik premis tersebut telah dengan sengaja tidak mengambil sebarang tindakan pembersihan dan masih membiarkan premis beliau dalam keadaan yang meloyakan.

”Sebelum dan selepas operasi ini bermula, laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini dan tindakan rampasan barang-barang lusuh telah dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

MBPP memaklumkan, sejumlah tiga buah lori telah digunakan untuk tujuan rampasan itu dan dianggarkan sebanyak 1.4 tan barang-barang lusuh berjaya dikutip.

Pada masa sama, jelasnya, pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah menjalankan operasi pemeriksaan bekas-bekas berpotensi pembiakan nyamuk dan telah menemui ‘massive breeding’ iaitu pembiakan jentik-jentik yang banyak di dalam baldi.

”Tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya sedang dipertimbangkan kerana pemilik tidak mematuhi Notis Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 sebanyak dua kali.

”Ia mengakibatkan premisnya menjadi tempat pembiakan jejentik yang boleh membawa kepada penyebaran wabak denggi,” katanya.

Tambahnya, operasi bersepadu itu tamat  pukul 11.54 pagi setelah kawasan pekarangan premis terbabit dibersihkan sepenuhnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya