MBPP sita penjaja warga asing berniaga tanpa lesen

MBPP sita penjaja warga asing berniaga tanpa lesen

ANGGOTA penguatkuasa MBPP menyita barangan milik penjaja warga asing di George Town, Pulau Pinang, semalam.-GAMBAR/MBPP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Seorang penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan makanan tanpa lesen di daerah Timur Laut dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu operasi bersepadu, semalam.

Operasi tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan MBPP selepas mereka menerima maklumat dan aduan berhubung aktiviti perniagaan terbabit.

Jurucakap MBPP berkata, siasatan mendapati, kenderaan perniagaan yang digunakan oleh warga asing berkenaan adalah milik seorang warga tempatan yang dipercayai menyewakannya kepada penjaja itu untuk mengaut keuntungan.

“Tindakan sitaan ini melibatkan sebuah motosikal, peralatan perniagaan dan barangan dagangan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja-penjaja MPPP 1979.

“Untuk pengetahuan, kes sebegini sering berlaku apabila warga tempatan meminjamkan atau menyewakan lesen dan kenderaan perniagaan kepada pihak lain, khususnya warga asing yang kemudian menjalankan perniagaan tanpa kebenaran sah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, dalam operasi yang sama, sebuah restoran turut dikenakan tindakan sitaan peralatan perniagaan kerana melanggar syarat lesen MBPP apabila didapati meletakkan halangan di ruang awam termasuk di siar kaki premis.

“Kesalahan itu direkodkan mengikut Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] berkaitan halangan atau gangguan di tempat awam.

“Semua barangan yang disita kemudian dibawa ke stor penguatkuasaan MBPP untuk tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN