Tidak boleh paksa pekerja cuti, potong gaji jika tutup operasi

Tidak boleh paksa pekerja cuti, potong gaji jika tutup operasi

STEVEN Sim (depan, tengah) bersama sebahagian daripada kakitangan Perkeso serta pencarum yang menerima faedah daripada pertubuhan tersebut di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Majikan di Pulau Pinang tidak boleh memaksa pekerja mereka mengambil cuti sepanjang gangguan bekalan air di negeri itu yang dijangka berlaku sehingga empat hari bermula Rabu ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, mereka juga tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerja jika pihak syarikat membuat keputusan menutup operasi sepanjang tempoh berkenaan.

“Saya minta kalau ada kes sebegini sama ada daripada pihak majikan atau pekerja, boleh rujuk kepada JTK (Jabatan Tenaga Kerja) untuk mendapatkan panduan serta nasihat sebelum melaksanakan sebarang dasar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang di Seberang Jaya, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sim berkata, mana-mana majikan yang melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerja 1955.

“Kalau ada majikan yang tidak faham mengenai garis panduan ini, mereka juga boleh rujuk kepada JTK untuk maklumat lanjut,” jelas beliau.

Media sebelum ini melaporkan kebanyakan pengilang khususnya dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka menghentikan operasi mereka untuk sekurang-kurangnya dua hari susulan gangguan bekalan air tersebut.

Pengerusi Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang, Datuk Seri Lee Teong Li dipetik sebagai berkata, keputusan itu terpaksa diambil kerana kebanyakan kilang memerlukan penggunaan air yang banyak dalam operasi harian masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya