Takraw: Melaka, Pulau Pinang melangkah ke separuh akhir

Takraw: Melaka, Pulau Pinang melangkah ke separuh akhir

SYAHIR Rosdi memulakan servis dalam pertemuan menentang Bomba pada aksi suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bomba terpaksa akur dengan ketangkasan Melaka apabila tewas 0-2 pada aksi suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari di Stadium Sultan Abdul Halim, petang tadi.

Melaka hanya mengambil masa kira-kira 50 minit untuk mencatat kemenangan pertama melalui Regu A dibarisi trio kebangsaan, Syahir Rosdi, Mohd Khairul Zaman Hamir Akhbar dan Mohd. Muqlis Borhan.

Mereka menang 21-8, 21-12 bagi mengenepikan trio bomba yang diwakili Mohammad Al-Hafiz Muhammad Isa, Eqbal Samsudin dan Nik Muhammad Afiq Mazlan.

Regu B yang menampilkan aksi pemain bawah 21 tahun pula menyaksikan Melaka turut menang mudah 21-13, 21-11 dalam perlawanan selama 45 minit.

Kemenangan itu meletakkan Melaka selaku pasukan pilihan kejohanan akan bertemu sama ada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau Johor di peringkat separuh akhir, esok.

Sementara itu, satu lagi perlawanan suku akhir yang berlangsung petang tadi menyaksikan Pulau Pinang turut menang 2-0 mengatasi Selangor.

TRIO Pulau Pinang bersedia menerima bola daripada tekong Selangor pada saingan suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

Pulau Pinang menurunkan Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri, Afiq Aiman Zairi dan Muhamad Zulhilmi Abd Hadi untuk menentang trio Selangor, Imran Omar, Amyrul Shafiq Shamuddin dan Arif Badri sebagai Regu A.

Pasukan itu menang 21-19, 21-15 untuk regu berkenaan, sebelum Regu B meneruskan kecemerlangan dengan kemenangan 21-14, 21-16 mengatasi Selangor.

Dalam pada itu, pasukan tuan rumah, Kedah sedang bertemu Kuala Lumpur, malam ini bagi memburu slot empat pasukan terbaik dalam saingan separuh akhir Piala Emas Khir Johari.

Sebanyak 18 pasukan berentap dalam kejohanan yang memasuki edisi ke-57 tahun ini yang mengekalkan sistem kiraan 21 mata untuk menentukan kemenangan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya