Siasatan kes gaduh pemain, pegawai ketika aksi TFL selesai - Utusan Malaysia

Siasatan kes gaduh pemain, pegawai ketika aksi TFL selesai

TANGKAP layar daripada video menunjukkan pergaduhan melibatkan pemain dua pasukan dalam perlawanan bola sepak di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, baru-baru ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah melengkapkan kertas siasatan kes pergaduhan pemain dan pegawai pasukan ketika perlawanan Liga Bolasepak Terengganu (TFL) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus dekat sini pada 12 Januari lalu.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Mazli Mazlan, seramai enam individu termasuk seorang kakitangan awam berusia 25 sehingga 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan tersebut.

Katanya, kertas siasatan berhubung insiden berkenaan telah selesai dan dirujuk ke Bukit Aman di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Enam tangkapan dibuat termasuk seorang penjawat awam dan tiada lagi tangkapan baharu selepas ini kerana berdasarkan rakaman video yang tular, hanya enam yang terlibat.

“Kita akan rujuk kertas siasatan berkenaan kes ini ke Bukit Aman sambil menunggu arahan selanjutnya iaitu proses pendakwaan,” ujarnya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada Sabtu lalu, dua klip video berdurasi 43 dan 22 saat tular menunjukkan insiden tumbuk-menumbuk antara pemain dan pegawai pasukan NAG FC dan KESA FC di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.

Kekecohan itu dikatakan tercetus berpunca perasaan tidak puas hati dengan permainan kasar sehingga berlakunya insiden pergaduhan serta kekecohan menuju tamat permainan.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang pegawai pasukan berusia 46 tahun cedera di bahagian kepala, muka dan mata selain lebam di anggota badan disyaki dipukul serta disepak individu tidak dikenali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya