Serbuan pusat panggilan judi online, 4 lelaki Nepal ditahan  - Utusan Malaysia

Serbuan pusat panggilan judi online, 4 lelaki Nepal ditahan 

RAZLAM Ab. Hamid menunjukkan antara barangan yang dirampas daripada satu sindiket perjudian online yang mensasarkan warga Nepal dalam sidang akhbar di IPD Timur Laut, George Town, Pulau Pinang, hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis menahan empat lelaki wargan Nepal di sebuah apartment di Tanjong Tokong di sini semalam, kerana disyaki terlibat dengan sindiket perjudian online.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Siaasatan Jenayah, IPD Timur Laut, telah menjalankan serbuan kira-kira pukul 5 petang ke apartment itu yang dijadikan pusat panggilan judi online.

“Hasil serbuan polis berjaya menahan empat lelaki warga Nepal berumur 27 hingga 32 tahun serta merampas peralatan komputer yang disyaki untuk menjalankan kegiatan perjudian online.

“Siasatan mendapati premis tersebut telah beroperasi dalam tempoh tiga bulan dan gaji yang ditawarkan kepada mereka ialah kira-kira RM1,500 hingga RM2,000,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi sindiket itu ialah mereka menggunakan aplikasi Facebook untuk mempromosikan pelbagai permainan perjudian online menerusi komputer dan telefon bimbit yang mensasarkan pelanggan-pelanggan di Nepal.

”Keuntungan yang diperoleh adalah kira-kira RM15,000 hingga RM20,000 sebulan. Kesemua tangkapan direman selama tiga hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan ke atas semua warga Nepal yang ditahan ini mendapati mereka mempunyai pasport, namun kami akan menyemak dengan Jabatan Imigresen bagi mengesahkan sama ada ia tulen atau sebaliknya,” katanya.

Tambahnya, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya tiga unit komputer riba, 10 unit telefon bimbit, satu unit modem dan lain-lain barangan yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian online.

“Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 4(1) (G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya