Pelantikan kepemimpinan PDRM berdasarkan kredibiliti, keupayaan

Pelantikan kepemimpinan PDRM berdasarkan kredibiliti, keupayaan

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan kepemimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah penghargaan dan kepercayaan pasukan atas kredibiliti serta keupayaan seseorang.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, amanah yang diberikan perlu digalas dalam memperkukuh pengoperasian jabatan demi melestarikan kesejahteraan serta keselamatan negara secara holistik.

“Saya yakin, dengan pengalaman, kemahiran dan gaya kepemimpinan yang ada, Datuk-datuk dan tuan-tuan mampu mengurus tadbir jabatan masing-masing melalui pendekatan strategik ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkesan.

“Semoga pelantikan ini akan terus membakar semangat perjuangan dalam memacu pasukan ke arah kecemerlangan dan memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi kepolisan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pemakaian Lencana Pangkat, Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Dan Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad yang menamat perkhidmatannya pada hari ini.

Terdahulu, Mohd. Khalid turut menyempurnakan majlis serah terima tugas enam pegawai kanan PDRM iaitu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

Majis itu turut membabitkan Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Komisioner Polis Gilberd Philip Layang yang dilantik sebagai pengarah di jabatan sama dan Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat), Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik Dan Teknologi, Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Redzuan Abd Hamid dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) di jabatan sama.

Turut terlibat Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/perhubungan Antarabangsa), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mohd. Rozi Jidin yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu lintas/ Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman.

Selain Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat), Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/ Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Nordin Md Nor yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat) di jabatan sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN