Saya maafkan dia, tiada hasrat ambil tindakan - Khai Bahar - Utusan Malaysia

Saya maafkan dia, tiada hasrat ambil tindakan – Khai Bahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya maafkan orang yang buat cerita itu.”

Demikian kenyataan penyanyi, Khai Bahar yang memilih untuk memaafkan individu yang melemparkan dakwaan berkait dengan pemergian ibunya awal Januari lalu.

Penyanyi itu dalam masa sama enggan memanjangkan dakwaan tersebut dan hanya mahu meneruskan kehidupan tanpa terkait dengan isu itu lagi.

“Saya maafkan orang yang buat cerita itu. Kalau betul saya iyakan. Saya keluar dengan kawan dan orang terdekat.

“Saya berkawan dengan semua orang dan saya tak memilih.

“Tapi, bila ada yang pertikaikan dan cakap saya keluar bercuti dengan orang sedemikiam, kenapa tak muat naik gambar sekali,” katanya.

Penyanyi Luluh itu berdepan dakwaan kononnya berseronok dengan lelaki songsang ketika ibunya, Rosnah Muhammad, 62, sedang sakit sebelum meninggal dunia.

Berang dengan dakwaan itu, Khai kemudian memuat naik kenyataan di Instagram membalas dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Khai juga tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang biarpun tertanya-tanya apakah niat sebenar individu tersebut menyebarkan dakwaan yang mengaibkan namanya.

“Perkara ini mudah sahaja, saya bercuti di langkawi dengan empat kawan baik yang memang kami sudah kenal dari dulu. Mereka juga kawan saya juga di kampung, kalau pergi mana-mana memang dengan mereka.

“Tapi bila individu ini cakap perkara tak betul, jadi disebabkan itu saya marah. Kalau hendak cakap kena ada bukti. Apa yang membuatkan saya hikang sabar kerana ia membabitkan mak saya.

“Saya tak ambil tindakan undang-undang, cukuplah dengan perkara sebegini individu itu buka kesalahan sendiri. Cukuplah saya maafkan dan bersuara cukup setakat itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Khai juga memaklumkan keadaannya semakin baik kendatipun perasaan sedih masih menyelubungi dirinya selepas pemergian ibu tercinta.

“Alhamdulillah, semakin baik sebenarnya, tetapi masih lagi sedih. Bukan tak terima tapi perlu bagi masa. Semua orang mengalami perkara ini. Saya kena ambil masa untuk dapatkan semangat.

“Kerja masih seperti biasa cuma saya banyak duduk dengan kawan-kawan kerana mereka yang banyak bagi sokongan dan membantu. Kalau seorang diri, saya banyak berfikir,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya